Gotong Royong Perdana Dan Pelancaran Crew Sutera Indah

gotong royong

Nilai- Mahasiswa penghuni Kolej Kediaman Sutera Indah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengikuti program “Gotong-Royong Perdana dan pelancaran kru Sutera Indah” yang diadakan pada 13 Oktober 2018 pada hari Sabtu bertempat di Kolej Kediaman Sutera Indah. Program tersebut telah dianjurkan oleh Exco Kebajikan Jawatankuasa Siswa/i Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) sesi 2018/2019. Program ini bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan KKSI disamping memperkenalkan barisan pentadbiran kolej kediaman serta JAKSA KKSI sesi 2018/2019.

Penganjur program ini juga telah menjemput beberapa orang penceramah daripada Pusat Kesihatan USIM bagi memberi penerangan dan perkongsian berkenaan dengan kebersihan dan kesihatan. Program ini dirasmikan oleh pengetua  Kolej Kediaman Sutera Indah iaitu Dr. Nik Mohd Shafikudin Bin Md Taujuddin. Program ini berjaya menjadikan kolej kediaman sebuah tempat yang selesa dan nyaman untuk para penghuni kolej mengulang kaji pelajaran.

Sambutan yang meriah dan menggalakkan diterima oleh pihak penganjur dengan kehadiran mahasiswa penghuni KKSI. Bahkan, ramai daripada kalangan mereka berpuas hati dan berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Advertisements

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Create your website at WordPress.com
Get started